Portal myGovernment

Pengenalan

Portal Perkhidmatan Awam (PPA) yang dikenali juga sebagai Portal myGovernment merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan (service delivery) kepada masyarakat. Inisiatif PPA adalah bertujuan untuk mewujudkan satu gerbang utama bagi perkhidmatan online Kerajaan yang berasaskan kepada konsep pusat setempat atau one service centre bagi memudahkan orang ramai mencapai maklumat dan berurusan secara online bagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi-agensi Kerajaan. Melalui kaedah ini orang ramai tidak perlu mengingati alamat portal atau laman web setiap agensi kerajaan secara spesifik.

Pelaksanaan PPA bermula dari November 2003 melalui Projek Portal Perkhidmatan Awam Fasa I, diteruskan dengan Fasa II pada Jun 2005 dan Fasa III bermula 1 April 2008.

Chania

Skop kerja pelaksanaan PPA Fasa III

  • Meningkatkan keupayaan infrastruktur sedia ada bagi menampung capaian pengguna yang semakin meningkat dan menyokong peningkatan bilangan perkhidmatan online
  • Migrasi perisian dan aplikasi PPA sedia ada kepada perisian terkini
  • Melaksanakan kerja-kerja PPA operations and support sehingga 31 Mac 2011

myGovernment Online Services Portal

myGovernment Online Services Portal (MOSP) adalah Reka Semula (Redesign) Struktur / Arkitektur Portal Perkhidmatan Awam sebagai satu gerbang utama Portal Perkhidmatan Atas Talian (MyGovernment Online Services Portal) kerajaan Malaysia atau Portal Single Window Government (SWG).

Objektif myGovernment Online Services Portal

  • Kesediaan single window Government (SWG) adalah untuk mendapat perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan secara online yang komprehensif
  • Menyedia satu pusat setempat berdasarkan konsep no wrong door yang komprehensif yang menyedia perkhidmatan online kerajaan
  • Memperluaskan penggunaan portal myGovernment secara optimum oleh rakyat dan seterusnya meningkatkan pengguna berdaftar portal myGovernment
  • Menaik taraf portal myGoverment sebagai ketulusan Kerajaan menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat, penampilan Kerajaan yang sentiasa dinamik dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat dan Kerajaan yang “connected” dan perihatin di atas keperluan rakyat
  • Peningkatkan penampilan portal yang lebih komprehensif, interaktif, integrated dan komunikatif menerusi teknologi terbaru
  • Membantu meningkatkan Global Competitiveness negara

Perkhidmatan

Pada masa ini, perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPA adalah seperti berikut:
  • 1,208 perkhidmatan online
  • 2,512 borang yang boleh dimuat turun
  • Gerbang pembayaran setempat melalui inisiatif myBayar yang menghimpunkan semua pembayaran perkhidmatan Kerajaan secara online. Pembayaran online ini melibatkan dua kaedah iaitu melalui kad kredit dan Financial Process Exchange (FPX)
  • Gerbang capaian berita-berita Kerajaan melalui inisiatif myGovinfo
  • Gerbang capaian alamat agensi-agensi kerajaan melalui Government Directory
  • Gerbang capaian maklumat-maklumat tender, polisi, kerjaya dan lain-lain

Perkhidmatan Online

Perkhidmatan online yang ditawarkan melalui portal myGovernment adalah seperti berikut:

e-Lodgement - PSP3 Admin


Single Window Government

Kemudahan Single-Window adalah Portal yang meningkatkan produktiviti end-user dengan mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan atau pusat akses data di bawah standard persembahan konsisten. SWG juga menyediakan kemudahan navigasi di seluruh kandungan perkhidmatan yang disediakan. Hanya terdapat satu kata kunci (Login ID/password) yang perlu dimasukkan. Intergrasi ini perlu bagi meningkatkan performance, menjimatkan kos penyelenggaraan serta khidmat bantuan bersepadu.

Ringkasnya, SWG adalah perkhidmatan memaparkan informasi dan perkhidmatan setempat. Single-Window Portal harus mampu memberikan interaksi pengguna yang cekap dengan sumber data yang tersebar di seluruh agensi dan tidak hanya berfungsi sebagai pintu masuk untuk pelbagai aplikasi atau perkhidmatan. Ini juga bermakna sokongan masuk adalah berasaskan konsep katakunci tunggal iaitu Single-Sign-On.

Dari sudut pandang pengguna, hanya ada SATU aplikasi - dengan pelbagai perkhidmatan (terlepas dari jumlah sumber data backend).

Melalui Portal SWG ini juga akan disertakan dengan kemudahan kepada pengguna untuk menjalankan transaksi yang sebelumnya mengakses pelbagai sistem/aplikasi atau tetingkap terbuka bagi mendapatkan data pelanggan secara teragih hanya dengan memasukkan SEKALI sahaja Kata kunci (login-id/password).

Adalah menjadi harapan tinggi di antara para pengguna/stakeholder untuk melihat pengemaskinian maklumat cepat dan terus ke sistem perkhidmatan awam. Implementasi dan strategi yang diterima pakai oleh SWG antara lain meliputi pengaruh pada inisiatif ICT yang ada, fokus pada ‘Quick Wins’ serta projek-projek mempunyai impak tinggi dengan fasa baru atau transaksi perkhidmatan yang ada pada akhirnya akan ditawarkan sebagai perkhidmatan yang terintegrasi di seluruh badan menggunakan SWG.